Thursday, April 22, 2010

kEpEntInGaN DiRi sEnDiRi

salam...
mesti hairan nape hari nih banyak plak hadith keluar...sebab jumpa link ni...kalau xsempat nak bace sendiri...saye tolong review untuk kawan2 eh...ni jumpa lagi satu hadith yang berbunyi...

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”

Huraian
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban. 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

hmmmm....bila kita melakukan sesuatu dengan jujur dan ikhlas barulah kite wat tanpa pentingkan diri sendiri...Allah s.w.t xkan sia2 kan hambaNya yang jujur kan?

1 comment:

aibaks said...

bak kate seorang pemimpin yang kini sedang memerintah: Kepimpinan kami tulus lagi ikhlas..ehe