Thursday, April 22, 2010

tAnDa-tAnda haMpiR KIAMAT

Renungan hadith i:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Belum akan terjadinya kiamat sebelum banyak ‘haraj’. Bertanya para sahabat,:”Apakah itu haraj ya Rasulullah?” Jawab baginda,:”Pembunuhan! Pembunuhan!” 
 
Huraian
Kejadian - kejadian seperti pembunuhan sudah sering sekali kita lihat di berbagai media. Kadangkala kita berfikir bahawa kejadian seperti ini adalah kerana zaman sudah berubah.. Manusia sekarang suka bunuh-membunuh, berlaku perzinaan tanpa mempedulikan halal haram dan sebagainya. Seperti yang diramalkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa masa sudah mendekati hari kiamat dan tanda-tandanya adalah seperti yang disebutkan di atas. Ini adalah kebenaran. Bagaimanakah nanti sekiranya umat Islam juga terjebak dalam perkara yang sama (suka melakukan pembunuhan tanpa hak) sedangkan Islam menyarankan agar umatnya hidup dalam keamanan dan menyarankan kedamaian antara sesama manusia. Oleh itu sebaik-baik amal pada ketika dan saat ini adalah menyeru agar masing-masing sentiasa melakukan kebaikan dan mencegah daripada berlakunya kemungkaran kerana masa yang kian bergerak pantas akan menjadikan kita lemas di celah-celah kekalutan manusia yang haru biru tanpa arah tujuan sedangkan manusia yang benar-benar beriman sudah tentu tidak akan dapat bertahan tanpa melakukan sesuatu bagi merubah keadaan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Renungan hadith ii

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”

renung kan berita di bawah ni pulak...
so...bila lagi kita nak berubah dan bertaubat? x rasa pape lagi??

1 comment:

aibaks said...

ingatla..bahawasanya janji Dia i2 benar..syurga neraka i2 benar..akhirat juga benar..
dlm 1hadis ckp:Rasul SAW setiap hari memohon keampunan dari Dia yang Esa..kite? nak solat wajib pun payah..ni nak solat sunat? wallahualam..