Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Breastfeeding with Shaklee for My Uthman Ameen

Assalamualaikum

Breasfeeding untuk Uthman Ameen ni agak baik starting dia berbanding abangnye dulu. Bila nurse kasi Uthman lepas andi n angi2 kat ward terus dia pandai cari nen & terus minum tanpa sebarang masalah. Alhamdulillahirabbil'alamin...

Masa dalam pantang pun sama sangatla senang. Memang Uthman pandai nen dan dengan banyak.  Alamak risau ni lum start pam. Sebelum bersalin ada tanya kawan yang jual Shaklee untuk tambah susu. Dia suggest ambil ESP dulu.

So, bermula bulan kedua selepas melahirkan (lambat kan?!..huhu) start consume ESP. Alhamdulillah, bila pam susu dah banyak...terus start satu hari dengan kadar kemalasan tahap tinggi hanya pam 3x (erk?!) tapi dapatla satu hari 3oz, 4oz, dan seterusnya masa adik 3 bulan boleh dapat 18oz satu hari walaupun hanya 2x pam (double pam).

Oh ye, lepas dah masuk keje tambah pulak Alfalfa (detox n tambah susu), Lechitine (supaya beri-beri lawas) dan Zink Complex (sbb rambut banyak sgt gugur). Untuk abang beli Mealshake untuk tambah selera makan n up sikit antibodi.

Tapi xdela dapat buat stock banyak2 macam orang lain tapi syukur alhamdulillah dapat bagi cukup keperluan utk adik.

Kesimpulannya, setiap usaha kita Allah swt akan balas dan pandang walaupun sekecil2 zarah.So, bagi mummies yang ada problem susu merudum boleh la cuba Shaklee ni. By da way I'm not distributor what so ever cuma cadangan. Banyak cara lain lagi.Apapun do not under estimate usaha orang lain and most important thing dont under estimate yourself.

Keep cool and remember Allah swt n our Rasulullah saw always.

:)

p/s : Kalu xtau mana nak dapat Shaklee boleh la contact my friend at her FB Fatimah Azzahra Ismail or boleh jugak WhatApp/sms/call 019-3472585.

Thursday, February 9, 2012

semua Allah swt yang bagi...

Assalamualaikum....
ayat tu aku dengar dari radio ikim.....simple je tapi menusuk betul...pemanggil tu cakap lebih kurang kalau kita kaya Allah yang bagi, kalau kita pandai Allah jugak yang bagi, kalau naik pangkat Allah bagi....kalau kita tetiba xdapat naik pangkat...Allah belum nak bg lagi, kalau kita belum nak naik gaji Allah belum nak bg lagi...jangan putus asa...minta pada Allah...Allah akan bagi minta pada manusia........???

i.Allah...kalau kita serah semua pada Allah...percaya dengan yakin Allah bersama kita...i.Allah yang sikit kita rasa cukup, yang lebih kita rasa syukur yang tiada i.Allah kita redha....

Ya Allah bantulah aku dan keluarga ku mengejar kesempurnaan menjadi hambaMu...amin

Monday, August 2, 2010

mAsAlaH PrObLem??

Sya'ban yang mulia diikuti Ramadhan penuh keberkatan di dalamnya....semoga kita memperoleh kebaikan...
betapa bertuahnya kita umat nabi Muhammad sallallahualaihiwassallam mendapat satu bulan yang istimewa untuk di ambil dan diguna untuk mendapat manfaat sebanyak2nya....

bertaubat sesungguh hati semoga kita diampunkan dosa2 besar serta kecil....
berdoa sebanyak2nya serta diiringi keyakinan yang tiada belah bagi untuk segala impian....malah Allah swt dengan sifat Maha Pemurahnya berfirman....'...berdoalah...nescaya Aku kabulkan...'
rugi yang teramat besar jika kita sia2 kan semuanya....

kepada rakan2 yang terasa banyak masalah serta bebanan yang bagai tiada penghujung....kita kene tenang sebentar dan cuba asingkan antara masalah yang datang sebagai ujian dan masalah yang datang kerana musibah atau dosa yang kita sengaja cari....

kadang2 kita manusia cepat menunding jari pada yang lain walhal kesalahan itu dari diri sendiri...bukan sahaja berburuk sangka kepada manusia, malah ada yang lebih berani marah pada Allah swt...berani kan?  'peduli kapak!!' 

contoh masalah yang diundang....
dah tau jalan ade banyak speed trap, pecut selagi yang boleh!
atau
dah tau bahaya kalau meniti dari balkoni ke balkoni, tetap kamikaze!!aku macho dan berani....!!
atau yg lg best wat ice breaking kononnya...
sewa hotel untuk lebih 'mengenali boyfriend or girlfriend masing2...

boleh??

akhirnya....pe nabil kate?'Lu pikir la sendiri!!'

ujian pula kita x jangka perkara itu akan berlaku...ujian dapat jadi kaya raya sekelip mata (ni yang paling payah!!)
ujian kesusahan/kemiskinan atau ujian kemaksiatan dan yang sewaktu dengannya...

yang nih...baik la bertanya pada yang pakar serta tenang...
ujian pun ade punca dan sebabnya...Allah swt x kan senang2 terima kate2 'aku beriman...sedangkan tidak diuji...betul x?

pe nak buat...
1. bertaubat serta redha ...(lebih2 lagi yg mmg cari pasal sendiri)
2. tenangkan diri dulu...(berusaha jadi orang rasional dan positif)
3. cari punca dan perkara2 yang terlibat...(5 wives 1 husband tu...ala yg how,who,when,where,what,why)
4. cari segala jalan penyelesaian yang ade...(brainstorming sikit)
5. buat segala jalan penyelesaian yang dah di pilih...
6. jangan putus asa....
7. bertawakkal dan doa yang dapat yang terbaik daripada Dia sbb kite merancang, Allah swt pun merancang, dan rancangan Allah swt tu yang terbaik...

saya pun tak pandai jugak...tapi sharing is caring n unconditional love tu penting...semoga kita sama2 dapat keberkatan dari ilmu yang baik dan berguna....

sebenarnya ni dapat input positif dari gi satu kursus yang best sgt!!

menjadi orang positif  dan mengetahui diri didominasi oleh tenaga apa....
ok, next post saye cerita k...