Thursday, April 22, 2010

iSteRi sOLehaH

salam....
tengok cerita adamaya semalam...terpanggil nak tau ciri2 isteri solehah la plak...ye lah...I.Allah x lama lagi saye nak bertukar status...kene la cari ilmu kan...godek2 td jumpe la satu hadis yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” 
riwayat:Tirmidzi dan Ibn Majah

 

bahagianya kite kalau suami redha kat kite n Allah s.w.t bagi kite masuk syurga...besh kan jadi wife yg solehah a.k.a baik dan disenangi oleh suami...
tapi kompius gak...kalau suami tu suke kalau kite wat bende tak elok cane?saye pun dapat jawapan lagi..hehehe...
 


untuk memenuhi kriteria solehah yg akan disenaraikan jap lagi...kene senarai dulu kriteria suami yang boleh bawak kite ke syurga tu...
 
*suami yang dicari mestilah beriman lagi taat pada perintah Allah s.w.t
*Ketaatan kepada suami adalah wajib sekiranya suami tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah s.w.t
*sesungguhnya dengan mengikutisegala hukum Allah kita akan mendapat impak positif dengan perbuatan positif yang kita telah lakukan...

ok..these are the list of how to be the isteri solehah:
pertama dan kedua : berkhidmat secara puas serta taat dengan baik padanya
ketiga dan keempat : memerhati tempat pandangannya dan bau yang diciumnya..jgn sampai dia terpandang yang buruk padamu dan jgn samapi dia mencium selain yang harum daripadamu
kelima dan keenam : memerhati waktu tidur dan waktu makannya..kerana perut yang lapar dan tidur yang terganggu boleh mengakibatkan marah
ketujuh dan kelapan : menjaga hartanya dan memelihara kehormatan dan keluarganya
kesembilan dan kesepuluh : jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya
 
dipetik dari : pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani (ibu solehah di zaman kegemilangan islam) kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah
 
marilah kita sama2 menjadi insan dan hamba Allah s.w.t yang lebih baik...

p/s: saya hairan kenapa ada orang kata bila kita cuba berubah menjadi baik dikatakan hipokrit dan bila membuat perkara jahat itu dikatakan menjadi diri sendiri?
sesungguhnya fitrah manusia dijadikan inginkan kebaikan bukan keburukan...so, sama2 kita fikir ayat di atas tu sapa yang cetuskan dalam otak kita kalau bukan syaitan supaya terus tersesat selamanya...
 
boleh baca dari sini untuk penerangan lengkap





1 comment:

aibaks said...

wa..de kriteria utk cari suami..
da jumpe ke? hehe