Tuesday, December 10, 2013

Tips Membuat Ganache & 4 Cara penggunaan

Assalamualaikum

Selalu ada masalah bila nak guna ganache ni...Membuatnya sangat la simple. Saya yang amatur ni letak dalam blog ni untuk rujukan kawan-kawan serta diri sendiri.

Oh sebelum tu, ganache ialah chocolate sos yang digunakan untuk dijadikan topping atau decoration di atas cake atau cupcake.

Saya telah membuat rujukan dari beberapa blog (rujukan di bawah) , boleh la kita sama-sama cuba ya.

Resepi 1 (http://www.somethingswanky.com) dan yang paling mudah:

2 cups Chocolate
3/4 cups heavy cream

Cara-cara

1. Campukan kedua2 nya
2. Panaskan di dalam microwave kurang dari 1 min dan kacau hingga sebati

Resepi 2 (http://www.bbcgoodfood.com) :

200g Dark chocolate
280 ml Double Cream/Heavy Whipping Cream
2 sb gula (Jika guna compund chocolate atau semi sweet tak perlu tambah gula)

Cara-cara

1. Potong-potong dark chocolate kecil-kecil
2. Panaskan double cream dan gula di dalam pan atau periuk sehingga nampak buih2 kecil
3. Tutup api dan masukkan potongan Dark Chocolate tadi
4. Kacau sehingga semua cair dan sebati menggunakan whisk

Resepi 3 (www.hairul.com) :

200g Cokelat Masakan
20g Butter (room temperature)
120 ml Whipping Cream

Cara-cara

1. Potong-potong Cokelat kecil-kecil
2. Panaskan Whipping Cream di dalam pan @ periuk
3. Tutup api masukkan Cokelat Masakan kacau sehingga cair dan sebati menggunakan whisk
4. Masukkan butter sebatikan

Resepi 4 (http://purple-mommy.blogspot.com) :

1/2 cawan susu pekat
2 sb serbuk koko (diayak)
1 sb marjerin

Cara-cara

Campur semua masak menggunakan api sederhana sehingga sebati, pekat dan berkilat (elok gunakan whisk)


Seterusnya kita lihat cara penggunaan ganache ini



Paling banyak cara yang saya jumpa ialah 4 cara.
(Lihat gambar di atas)

1. Sangat cair@ nipis : Saya merujuk kepada resepi 1 tapi masih boleh apply pada resepi lain ikut kesesuaian. Konsistensi ini boleh dicapai dalam keadaan suam (warm) atau dengan menambah cream. Sekiranya ditambah cream ganache masih cair di dalam suhu bilik. Sesuai digunakan untuk glaze cake atau cupcake.
 
2. Pertengahan/ somewhere in the middle : Menggunakan resepi 1 di dalam suhu bilik. Spreadable di atas kek dan fudge consistency. Saya suka yang ni :) Sekiranya menggunakan selain resepi 1, boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga boleh diceduk dengan sudu dan di paip di atas cup cake atau cake.
 
3. Disejukkan @ dibekukan sehingga boleh dibentuk-bentukkan : sesuai untuk dibuat truffle
(gambar 3)
 
4. Pukul atau whipped ganache yang bersuhu bilik sehingga kental dan boleh di paipkan di atas cupcake.
 
 
S.E.L.A.M.A.T. M.E.N.C.U.B.A
 

1 comment:

big_apple said...

Salam nak tanya. Cara no.4 tuu mmg mcm tu ke sukatan dia? Klau nak tmbah lgi bole kan?