Monday, December 16, 2013

Basic No Bake @ Chilled Cheese Cake

Assalamualaikum,

Nak share cara mudah untuk buat no bake cheese cake. Resepi ni tak guna gelatin so perlu sejukkan lebih kurang 4 jam atau semalaman.  Cheese cake ni boleh diubah suai toppingnya ikut tekak masing2. Nak letak pie filling boleh...nak letak chocolate ganache boleh. Macam saya sebab terhabis double cream (huhu salah kira jumlah perlu beli) makanya jadilah letak chocolate swirl sahaja di atas cheese cake ni..asal resepi boleh tengok di http://allrecipes.com/recipe/best-no-bake-cheesecake/ bawah tajuk best no bake cheese cake.  Ok jom tengok resepi (dalam kurungan ialah modifikasi saya).


Original recipe makes 10 inch round cheese cake
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Thursday, December 12, 2013

Ultimate Chocolate Cake

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Memang sangat suka makan benda2 yang coklat ni...Misi memburu resepi kek coklat sedap di mulut saya masih diteruskan...hehe...so terjumpa satu resepi di www.bbcgoodfood.com yang bernama Ultimate Chocolate Cake...

Memang Ultimate lah di mulut ku..Resepi ni sesuai untuk kek yang akan dilapis butter cream atau chocolate ganache sebab kek nya bersaiz 8-9 inci dan tinggi lebih kurang 4 inci ++..resepi asal guna satu loyang..tapi sbb takut x pandai potong saya guna 2 loyang 8 inci and reduce kadar gula nya.

Ok cut the bebelan jom tengok resepi..

Ni resepi asal, dalam kurungan ialah modifikasi oleh saya :)

Ultimate Chocolate Cake

Ingredients

  • 200g good quality dark chocolate, about 60% cocoa solids
  • 200g butter
  • 1 tbsp instant coffee granules in 125ml cold water
  • 85g self-raising flour
  • 85g plain flour (I use self-rising flour)
  • ¼ tsp bicarbonate of soda
  • 200g light muscovado sugar (brown sugar - reduce to 125g)
  • 200g golden caster sugar (reduce to 125g)
  • 25g cocoa powder
  • 3 medium eggs
  • 75ml buttermilk (5 tbsp)
  • grated chocolate or curls, to decorate
  • For the ganache

    • 200g good quality dark chocolate, as above
    • 284ml carton double cream (pouring type)
    • 2 tbsp golden caster sugar (omit if use semi sweet chocolate)
    Method
    1. Butter 2 20cm (8") round cake tin  and line the base. Preheat the oven to fan 140'C/conventional 160'C/ gas
    2. Break 200g good quality dark chocolate in pieces into a medium, heavy-based pan. Cut 200g butter into pieces and tip in with the chocolate, then mix 1 tbsp instant coffee granules into125ml cold water and pour into the pan. Warm through over a low heat just until everything is melted – don’t overheat. Or melt in the microwave on Medium for about 5 minutes, stirring half way through.
    3. While the chocolate is melting, mix 170g self-raising flour, ¼ bicarbonate of soda, 125g brown sugar, 125g golden caster sugar and 25g cocoa powder in a big bowl, mixing with your hands to get rid of any lumps.
    4. Beat 3 medium eggs in a bowl and stir in 75ml (5 tbsp) buttermilk.
    5. Now pour the melted chocolate mixture and the egg mixture into the flour mixture, stirring just until everything is well blended and you have a smooth, quite runny consistency.
    6. Pour this into the tin and bake for 30-40 minutes – if you push a skewer in the centre it should come out clean and the top should feel firm (don’t worry if it cracks a bit). Leave to cool in the tin (don’t worry if it dips slightly), then turn out onto a wire rack to cool completely.
    7. Make the ganache (U can prepare one day ahead and keep in the refrigerator): chop 200g good quality dark chocolate into small pieces and tip into a bowl. Pour a 284ml carton of double cream into a pan, add 2 tbsp golden caster sugar, and heat until it is about to boil. Take off the heat and pour it over the chocolate. Stir until the chocolate has melted and the mixture is smooth.
    8. Sandwich the layers together with just a little of the ganache. Pour the rest over the cake letting it fall down the sides and smoothing to cover with a palette knife. Decorate with grated chocolate or a pile of chocolate curls. The cake keeps moist and gooey for 3-4 days.


    Ultimate Chocolate Cake with Cream Cheese Topping

     
    S.E.L.A.M.A.T M.E.N.C.U.B.A
     
    p/s: Kalau nak order boleh SMS/Whatsapp 0126079717

    Tuesday, December 10, 2013

    Tips Membuat Ganache & 4 Cara penggunaan

    Assalamualaikum

    Selalu ada masalah bila nak guna ganache ni...Membuatnya sangat la simple. Saya yang amatur ni letak dalam blog ni untuk rujukan kawan-kawan serta diri sendiri.

    Oh sebelum tu, ganache ialah chocolate sos yang digunakan untuk dijadikan topping atau decoration di atas cake atau cupcake.

    Saya telah membuat rujukan dari beberapa blog (rujukan di bawah) , boleh la kita sama-sama cuba ya.

    Resepi 1 (http://www.somethingswanky.com) dan yang paling mudah:

    2 cups Chocolate
    3/4 cups heavy cream

    Cara-cara

    1. Campukan kedua2 nya
    2. Panaskan di dalam microwave kurang dari 1 min dan kacau hingga sebati

    Resepi 2 (http://www.bbcgoodfood.com) :

    200g Dark chocolate
    280 ml Double Cream/Heavy Whipping Cream
    2 sb gula (Jika guna compund chocolate atau semi sweet tak perlu tambah gula)

    Cara-cara

    1. Potong-potong dark chocolate kecil-kecil
    2. Panaskan double cream dan gula di dalam pan atau periuk sehingga nampak buih2 kecil
    3. Tutup api dan masukkan potongan Dark Chocolate tadi
    4. Kacau sehingga semua cair dan sebati menggunakan whisk

    Resepi 3 (www.hairul.com) :

    200g Cokelat Masakan
    20g Butter (room temperature)
    120 ml Whipping Cream

    Cara-cara

    1. Potong-potong Cokelat kecil-kecil
    2. Panaskan Whipping Cream di dalam pan @ periuk
    3. Tutup api masukkan Cokelat Masakan kacau sehingga cair dan sebati menggunakan whisk
    4. Masukkan butter sebatikan

    Resepi 4 (http://purple-mommy.blogspot.com) :

    1/2 cawan susu pekat
    2 sb serbuk koko (diayak)
    1 sb marjerin

    Cara-cara

    Campur semua masak menggunakan api sederhana sehingga sebati, pekat dan berkilat (elok gunakan whisk)


    Seterusnya kita lihat cara penggunaan ganache ini



    Paling banyak cara yang saya jumpa ialah 4 cara.
    (Lihat gambar di atas)

    1. Sangat cair@ nipis : Saya merujuk kepada resepi 1 tapi masih boleh apply pada resepi lain ikut kesesuaian. Konsistensi ini boleh dicapai dalam keadaan suam (warm) atau dengan menambah cream. Sekiranya ditambah cream ganache masih cair di dalam suhu bilik. Sesuai digunakan untuk glaze cake atau cupcake.
     
    2. Pertengahan/ somewhere in the middle : Menggunakan resepi 1 di dalam suhu bilik. Spreadable di atas kek dan fudge consistency. Saya suka yang ni :) Sekiranya menggunakan selain resepi 1, boleh disejukkan di dalam peti sejuk sehingga boleh diceduk dengan sudu dan di paip di atas cup cake atau cake.
     
    3. Disejukkan @ dibekukan sehingga boleh dibentuk-bentukkan : sesuai untuk dibuat truffle
    (gambar 3)
     
    4. Pukul atau whipped ganache yang bersuhu bilik sehingga kental dan boleh di paipkan di atas cupcake.
     
     
    S.E.L.A.M.A.T. M.E.N.C.U.B.A
     

    Friday, November 15, 2013

    Breastfeeding with Shaklee for My Uthman Ameen

    Assalamualaikum

    Breasfeeding untuk Uthman Ameen ni agak baik starting dia berbanding abangnye dulu. Bila nurse kasi Uthman lepas andi n angi2 kat ward terus dia pandai cari nen & terus minum tanpa sebarang masalah. Alhamdulillahirabbil'alamin...

    Masa dalam pantang pun sama sangatla senang. Memang Uthman pandai nen dan dengan banyak.  Alamak risau ni lum start pam. Sebelum bersalin ada tanya kawan yang jual Shaklee untuk tambah susu. Dia suggest ambil ESP dulu.

    So, bermula bulan kedua selepas melahirkan (lambat kan?!..huhu) start consume ESP. Alhamdulillah, bila pam susu dah banyak...terus start satu hari dengan kadar kemalasan tahap tinggi hanya pam 3x (erk?!) tapi dapatla satu hari 3oz, 4oz, dan seterusnya masa adik 3 bulan boleh dapat 18oz satu hari walaupun hanya 2x pam (double pam).

    Oh ye, lepas dah masuk keje tambah pulak Alfalfa (detox n tambah susu), Lechitine (supaya beri-beri lawas) dan Zink Complex (sbb rambut banyak sgt gugur). Untuk abang beli Mealshake untuk tambah selera makan n up sikit antibodi.

    Tapi xdela dapat buat stock banyak2 macam orang lain tapi syukur alhamdulillah dapat bagi cukup keperluan utk adik.

    Kesimpulannya, setiap usaha kita Allah swt akan balas dan pandang walaupun sekecil2 zarah.So, bagi mummies yang ada problem susu merudum boleh la cuba Shaklee ni. By da way I'm not distributor what so ever cuma cadangan. Banyak cara lain lagi.Apapun do not under estimate usaha orang lain and most important thing dont under estimate yourself.

    Keep cool and remember Allah swt n our Rasulullah saw always.

    :)

    p/s : Kalu xtau mana nak dapat Shaklee boleh la contact my friend at her FB Fatimah Azzahra Ismail or boleh jugak WhatApp/sms/call 019-3472585.

    Thursday, November 14, 2013

    #wEeKenDmIsSiOn : sWeEtToOtH :)

    My Dear Allah :)

    Please granted my mission this weekend to be succesfull.Amin.

    So....

    Things to buy :
    1. semi sweet chocolate chunk
    :bukan chocolate sebenar:
    source: www.soap.com
    2. self rising flour
    maybe nak beli yang ni
    3. heavy cream
    hehe ni lukisan je.
    source : www. surfnlearn.com
     
    All this at Bake With Yen

    and...

    4. eggs (of coz!)

     
    cute nye eggs ni

    Things to bring to Umah Mamatok (sebab nak buat eksperimen kat umah mamatok kan)
    • Butter
    source: www.draxe.com
    • All purpose flour
     
    • Brown sugar
    • Baking tin (if the size is 20cm/ 8")
     
    Tak sabar tunggu weekend ni..hehe...
     

    Friday, October 4, 2013

    Kelahiran Uthman Ameen Ahmad Ikwan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Takpela...walaupun lambat kene jugak tunaikan janji...so kalau ikut list nak cerita pasal kelahiran anakanda yang kedua..My Sayang Uthman Ameen Ahmad Ikwan nama diberi.
    Masa mengandungkan Uthman agak mencabar jugak berbanding dengan abangnya dulu. Paling ketara, makanan yang boleh makan sangat limited dah siap ada waktu tertentu sahaja boleh makan...waktu lain uweeekkk la jawabnya. Angin n rasa jantung sangat laju berdegup buat diri sendiri nebes...macam sakit jantung ke ni?Tapi pergi check sume normal sahaje...

    Cakap pasal makan...huhuhu...disebabkan ada makanan n waktu tertentu je boleh makan...berat badan naik mencanak2...sebab? makan pagi lambat sikit dekat2 tengahari...makan malam la penyebabnya ni...boleh makan pukul 10 malam ke atas...pastu terus tido...wah...hebat kan?! Jenis makanan x tahan...nasi goreng kampung je tau...'perangai cantik' ni berlarutan sampai kandungan 6 bulan..6 bulan ke atas pulak gila makan coklat...so jgn salahkan orangla lemak botingkek-tingkek kek badan kau!hehe...lebih 20 kg kot naik..huhu...mama siap kate ni anak kemba ni...tapi realitinya seorang kat dalam yang seorang lagi yang tukang makan tu la...

    ehsan google
    Perut kite lagi besar dari gambo ni..hoho
    Kes bersalin pulak....
    Tempat bersalin sama la macam abang nya dulu PPUM juga. Tapi kali ni merasa wing yang baru.Tapi yang lame dulu pun ok je.

    Sakit hari sabtu malam (6 April 2013). Sebenarnya Brixton Hicks dah banyak kali tapi masa sakit ni macam sakit sangat plak..Tapi tahan la jugak sampai ke esok paginya.  Alhamdulillah hubby teman siap check berapa selang waktu n berapa lama sakit...

    Subuh ahad (7 April 2013) pi toilet nak shi2 tetiba nakpak macam ada darah...xtau la kalau hanyalah imaginasi...so lepas solat ketuk pintu bilik mama (kebetulan balik umah mama) cakap 'Ma along rase nak terberanak dah ni'. Kelam kabut mama turun nak wat breakfast...nak jugak aku makan roti goreng sebelum beranak..ehehehe...Oh ye...kali ni sebenarnya bercita-cita nak normal sbb abang dulu Emergency LSCS...sangat2 la harap kali ni berjaya..

    Siap2 makan semua, tinggal abang kat mamatok dia, bergerak la aku ngan hubby g PPUM. Sampai dalam pukul 8 lebih...Lepas Dr check baru bukak 1cm...same macam abg dulu...sakit macam sakit sangat dah ni...terpaksalah masuk wad...huhu...masa tu rindunya dengan abang...rindunya dengan abi abang..ehe...

    Malam tu sakit lagi kerap...macam tak tahan dah...tau2 dah tertidur sbb penat tahan sakit..Terjaga pukul 4 kot sbb sakit sangat..panggil nurse suh check bukaan sbb kalau 4cm baru leh turun labour room. Nurse check baru 3 cm...aduuiiii...tapi dia kate nanti dia panggil Dr..Tapi Dr check pun sama juga.

    Tengahari tu dah tak tahan...nak mintak pain killer dari nurse...dia pun panggil Dr.Dr pun pasangkan ctg nak check jantung n contraction. Tiba2 dia macam kalut...eh kenapa ni..aku ni dah la sakit ni...nape macam cuak...Dia kate baby is coming out! Ha?! terus la aku call hubby suh datang...

    Labour room plak penuh...so dok la kat wad tu...aku sakit sampai dah mengerang2 dah...patient lain pun takut...eehehehe..nasib baik hubby sampai...leh tolong urut mane patut...n alhamdulillah jugak sbb dok dalam wad hubby leh teman...kalu kat labour room x leh..hehe..

    Dalam kul 1 ke 2 ptg tu Dr check dah 4cm so dah boleh bawak turun labour room...Ape?!! labour room still penuh? Pastu Dr kate x leh tunggu so aku kene la diletakkan kat bahagian tapisan bukan dalam bilik...xpe la asalkan tertutup..

    Turun bawah bukaan dah 5 cm...alhamdulillah...macam ada harapan ni..pujuk2 adik dalam perut supaya bekerjasama..hehe...tiba2 Dr pakar plak datang...dia check CTG katanya heart beat adik x cantik...bila contract heart beat jatuh teru...dia bagi 20 min je utk buka sampai 9cm kalau x terus tolak Emergency LSCS. 20 minit mmg xde maknenyela kan...hmmm aku dah pasrah je..asalkan baby selamat...

    Hubby plak dorang suh tunggu kat bawah...nak jd cite, kat bwh xde coverage plak..nurse call2 xdapat...lepas 20 min terus dia suh sign borang n suh cabut tudung, pasang2 pe yg ptt..Hanya Allah je la peneman aku...huhu...

    Lepas 10 minit dengar baby naneh...alhamdulillah..dengar Dr cakap...besarnya anak U! huhu...mn la tau..3.86kg tau..hehe..sembab muka adik masa 1st time tgk dia...abi dia pun terkejut..nak tengok?jap eh...
    ni gambo sendiri..hehe..tembam kan?

    hehe..lain langsung dari abang dia...huhu...sekarang adik dah nak masuk 6 bulan dah...alhamdulillah... :)























    gamba adik terbaru... :)

    Smile



    Friday, June 28, 2013

    bermula semula


    tak tahan kan...mata berkaca-kaca gitu...setelah berkurun lame tak tengok pun blog ni terasa macam nak start semula...so start la jugak tajuknya kan...sonang cito.
    semalam gi blog mat luthfi...ye saya baca blog beliau yg sangat sempoi itu...dan ada ayat yang macam menunjal kepala sendiri...hmmmm...ok la I will try to give myself chance again to write...




    sebelum panjang lebau ke laut..meh la update sikit...

    * Luqman dah dapat adik...(hah!?) gile kentang tak I, pantas kan?
    *Adik dah almost 3 bulan...nanti update okay...perasan de orang nak tau...suke kan...
    * Ada cerita khas untuk orang breastfeeding macam I khas la sangat kan..
    * Insya Allah...kami akan berhijrah...hijrah ape?nnt la I kasi tau...
    ( ni kira post akan datang la kunun dah ade list...kueng kueng kueng)

    tu je la pon...xde la yg happening sangat...hehe...apepun...saya mengucapkan selamat kembali kepada diri sendiri...

    trima kasih banyak!

    sekian...