Wednesday, April 2, 2014

Tahniah - Asnida & Hafiz

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Tahniah kepada 'kemba' ku Asnida & her soul partner, Hafiz for their wedding. :). Anda sangat cantik :)


Sweet Like Chocolate dah diberi tanggungjawab untuk set up dessert table..tapi kita hanya merancang, Allah swt menentukan...tak dapat set up sendiri just buatkan cake n some cupcake with few deco and past je kat pengantin...jumpe pengantin pun tak dapat...kesian pengantin...so xde la gambo meja dessert. Takpelah...perancangan Allah swt lebih baik kan? :)

So ni resepi Chocolate cake (buat 2 adunan utk 2 layer) dengan Swiss Meringue Butter Cream (SMBC). Tema same ngan baju pengantin Apple green, sweetnye warna ni..soothing...boleh guna sape2 nak wedding themes idea kan?

Chocolate cake (9" tin cake, 1 layer)

250g Butter
75g Castor Sugar (kek ni kurang manis..sape suke manis leh tambah)
4 biji telur (room temperature)
230g Tepung Chocolate Mek Siti
3 sudu besar full milk

Butterkan satu  9" cake tin. Set oven 170'C.
Pukul butter dengan gula sampai putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balik dalam adunan tadi dengan tepung n susu berselang seli.Akhirkan dengan tepung.
Senang kan?Eh belum siapla...bakar selama 20 min atau check kek dengan tooth pick.Kalau lepas cucuk n lidi Nampak bersih...kek dah masak.

Ganache

100g Chocolate coin/cooking chocolate
100ml Anchor whipping cream

Cara-cara:

Masukkan chocolate dalam mangkuk. Panaskan Krim atas api sederhana sampai keluar buih-buih kecil. Tuang Krim panas dalam Chocolate. Biarkan 1-2 min. Kacau hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk.

SMBC

250g butter (potong cube,room temperature)
125g vegetable shortening (potong cube, room temperature)
100g castor sugar
100g icing sugar
4 biji putih telur
sedikit garam

Cara-cara

PENTING!!Lap peralatan berkenaan (mangkuk,whisk, dll) dengan cuka atau perahan lemon untuk membuang sebarang air atau minyak.

Panaskan secara double boiler putih telur dengan castor sugar hingga larut. Angkat dari api. Campur secubit garam dan pukul dengan electric mixer/stand mixer pada kelajuan tinggi sehingga 'soft peak'. Campurkan icing sugar dan pukul lagi. Masukkan cube butter tadi diikuti dengan vegetable shortening. Masukkan sedikit2, pastikan semua telah sebati.

Sekiranya cream anda nampak berketul, pukul lagi sehingga menjadi 'smooth' atau licin kembali.

Tambah pewarna yang jadi pilihan hati. Kaup balik hingga serata. Sedia untuk guna.

Susunan/Assemble

Setelah kek sejuk, paipkan sedikit SMBC dikeliling kek untuk dijadikan penghadang atau perigi.
Paipkan ganache (sebelum guna keluarkan dari peti sejuk dan kacau sebati) di dalam perigi tadi. Lapiskan satu lapisan lagi. Tekan sedikit. Sapu SMBC secara nipis untuk 'crumb coat' (elak serpihan kek berlaku). Simpan di dalam freezer selama 20min. Keluarkan sapu SMBC dan hias ikut citarasa masing-masing.


Ni vanilla cupcake top with Ferrero Rocher


Selamat Mencuba
p/s : nak tempah call 0126079717 :)

No comments: