Thursday, April 17, 2014

Cracker Cheese Eclairs

Assalamualaikum,

Kenapa namanya ada Eclairs kat belakang? Kata Farah Nadia (my luvly sister) sebab ada chocolate ganache atas sekali. Sedikit twist dari cracker cheese yang biasa...Saaaaangat sedap makan sejuk2..hihi..


Nak Resepi?Bolehhh...no problem :)

Bahan-bahan:

64 keping Cream crackers
250g Philadelphia Cream cheese (lebih firm)
100g butter
1/2 cup susu manis
1/2 cup whipped cream

Cara-cara:

Pukul cheese dgn butter sampai kembang. Kemudian masukkan susu manis n whipped cream.pukul sehingga kembang.

Menyusun:
Di dalam Loyang atau apa2 bekas yang sesuai, susunkan 16 keping biskut (lapisan pertama). Sapukan adunan tadi kemudian lapiskan dengan biskut, buat sehingga 3 lapisan adunan cheese dan 4 lapisan biskut. Diatas biskut yang terakhir (atas sekali) curahkan chocolate ganache atas sekali. Simpan dalam freezer at least 1 jam.

Eh lupa..ganache

Bahan-bahan:

100g Dark Chocolate compound
100ml Whipped Cream

Cara-cara:

Panaskan cream sampai timbul buih2 kecil.Tuang dalam chocolate.Biarkan 1-2 min, kacau sebati.
Siap. Boleh makan.

Selamat mencuba

Untuk tempahan:
0126079717
RM30 untuk 32 pcs