Thursday, April 17, 2014

Cracker Cheese Eclairs

Assalamualaikum,

Kenapa namanya ada Eclairs kat belakang? Kata Farah Nadia (my luvly sister) sebab ada chocolate ganache atas sekali. Sedikit twist dari cracker cheese yang biasa...Saaaaangat sedap makan sejuk2..hihi..


Nak Resepi?Bolehhh...no problem :)

Bahan-bahan:

64 keping Cream crackers
250g Philadelphia Cream cheese (lebih firm)
100g butter
1/2 cup susu manis
1/2 cup whipped cream

Cara-cara:

Pukul cheese dgn butter sampai kembang. Kemudian masukkan susu manis n whipped cream.pukul sehingga kembang.

Menyusun:
Di dalam Loyang atau apa2 bekas yang sesuai, susunkan 16 keping biskut (lapisan pertama). Sapukan adunan tadi kemudian lapiskan dengan biskut, buat sehingga 3 lapisan adunan cheese dan 4 lapisan biskut. Diatas biskut yang terakhir (atas sekali) curahkan chocolate ganache atas sekali. Simpan dalam freezer at least 1 jam.

Eh lupa..ganache

Bahan-bahan:

100g Dark Chocolate compound
100ml Whipped Cream

Cara-cara:

Panaskan cream sampai timbul buih2 kecil.Tuang dalam chocolate.Biarkan 1-2 min, kacau sebati.
Siap. Boleh makan.

Selamat mencuba

Untuk tempahan:
0126079717
RM30 untuk 32 pcs

Monday, April 7, 2014

Birthday Cake - Boboboy theme

Assalamualaikum,

Ni adalah dua lagi tempahan Birthday cake dengan simple deco menggunakan Sugar print (Boboboy Theme).

First adalah tempahan daripada Puan Sha. 8" 2 layer Chocolate cake with Choc Ganache Filling. Resepi boleh lihat disini.


With simple deco :)
This Birthday cake with Boboboy Theme Price RM65.00 (with Happy Birthday Candle)

Second cake ialah Rainbow cake daripada Puan Aida.
Sugar Print Boboboy, Happy Birthday Candle and Small banner
Price: RM75.00


Harga ini adalah dalam harga promosi sehingga Jun 2014 :)

Terima kasih juga kepada Dessert.Dessert.

Wednesday, April 2, 2014

Tahniah - Asnida & Hafiz

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Tahniah kepada 'kemba' ku Asnida & her soul partner, Hafiz for their wedding. :). Anda sangat cantik :)


Sweet Like Chocolate dah diberi tanggungjawab untuk set up dessert table..tapi kita hanya merancang, Allah swt menentukan...tak dapat set up sendiri just buatkan cake n some cupcake with few deco and past je kat pengantin...jumpe pengantin pun tak dapat...kesian pengantin...so xde la gambo meja dessert. Takpelah...perancangan Allah swt lebih baik kan? :)

So ni resepi Chocolate cake (buat 2 adunan utk 2 layer) dengan Swiss Meringue Butter Cream (SMBC). Tema same ngan baju pengantin Apple green, sweetnye warna ni..soothing...boleh guna sape2 nak wedding themes idea kan?

Chocolate cake (9" tin cake, 1 layer)

250g Butter
75g Castor Sugar (kek ni kurang manis..sape suke manis leh tambah)
4 biji telur (room temperature)
230g Tepung Chocolate Mek Siti
3 sudu besar full milk

Butterkan satu  9" cake tin. Set oven 170'C.
Pukul butter dengan gula sampai putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kaup balik dalam adunan tadi dengan tepung n susu berselang seli.Akhirkan dengan tepung.
Senang kan?Eh belum siapla...bakar selama 20 min atau check kek dengan tooth pick.Kalau lepas cucuk n lidi Nampak bersih...kek dah masak.

Ganache

100g Chocolate coin/cooking chocolate
100ml Anchor whipping cream

Cara-cara:

Masukkan chocolate dalam mangkuk. Panaskan Krim atas api sederhana sampai keluar buih-buih kecil. Tuang Krim panas dalam Chocolate. Biarkan 1-2 min. Kacau hingga sebati. Simpan dalam peti sejuk.

SMBC

250g butter (potong cube,room temperature)
125g vegetable shortening (potong cube, room temperature)
100g castor sugar
100g icing sugar
4 biji putih telur
sedikit garam

Cara-cara

PENTING!!Lap peralatan berkenaan (mangkuk,whisk, dll) dengan cuka atau perahan lemon untuk membuang sebarang air atau minyak.

Panaskan secara double boiler putih telur dengan castor sugar hingga larut. Angkat dari api. Campur secubit garam dan pukul dengan electric mixer/stand mixer pada kelajuan tinggi sehingga 'soft peak'. Campurkan icing sugar dan pukul lagi. Masukkan cube butter tadi diikuti dengan vegetable shortening. Masukkan sedikit2, pastikan semua telah sebati.

Sekiranya cream anda nampak berketul, pukul lagi sehingga menjadi 'smooth' atau licin kembali.

Tambah pewarna yang jadi pilihan hati. Kaup balik hingga serata. Sedia untuk guna.

Susunan/Assemble

Setelah kek sejuk, paipkan sedikit SMBC dikeliling kek untuk dijadikan penghadang atau perigi.
Paipkan ganache (sebelum guna keluarkan dari peti sejuk dan kacau sebati) di dalam perigi tadi. Lapiskan satu lapisan lagi. Tekan sedikit. Sapu SMBC secara nipis untuk 'crumb coat' (elak serpihan kek berlaku). Simpan di dalam freezer selama 20min. Keluarkan sapu SMBC dan hias ikut citarasa masing-masing.


Ni vanilla cupcake top with Ferrero Rocher


Selamat Mencuba
p/s : nak tempah call 0126079717 :)

Wednesday, January 29, 2014

Resepi: Rustic Chocolate Tort

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak share resipi chocolate tort ni...sebenarnya ejaan tort tu torte tapi macam lain macam je and plus sebutan dia mmg e di 'silent' kan so saya hilangkan lah 'e' tu..hehe...

Rasa kek?
Sedap sangat...yang mmg crazy about chocolate kompom lagi suke...for me this is 1 of my fav! Makan room temperature sedap, makan yang dah chill pun sedap...makan ngan aiskrim...lagilah sedap!

Texture?
Sebab kek ni dimasukkan telur putih yang dipukul sampai stiff peak, so rasanya sangat2 ringan n gebu...nyaman je masuk dalam mulut pastu zass...hilang..hehe...

Rupa?
Sangat 'ganas' rupa dia..sebab dia akan crack lepas sejuk...tapi i like!

NOTE:
Resepi x gunakan tepung. Kek akan kembang semasa dalam oven/masak...selepas sejuk kek akan mendap dan 'cracking' akan terjadi.  Jangan risau, kek ni mmg meant to be begitu.

Nampak panjang tapi sebenarnya senang aje :)






Saya buat half of the resepi.ok jom tengok resepi dari http://joyofbaking.com

CHOCOLATE TORT (torte)
Bahan-bahan

6 biji telur gred A (gred b pun ok) asingkan putih dan kuning telur
1 cup (226 g) Butter (potong cube)
9 oz (255g) Semisweet chocolate di cincang
1 cup (200g) Gula
1 sudu kecil vanilla
1/4 sudu kecil cream of tartar atau sedikit garam

Ganache-optional (saya x buat)
8 oz (227g) semisweet chocolate (cincang)
3/4 cup (180ml) heavy whipping cream
2 sudu besar (28g) Butter

Cara Membuat Kek:
Panaskan oven lbh kurang 170'C atau mengikut oven masing-masing. Griskan acuan 9'' kalau boleh spring form dan dilapik dengan kertas minyak.

Cairkan Semi sweet chocolate dan butter secara double boiler. sejukkan

Pukul kuning telur dengan gula sehingga warna bertukar pucat dan adunan pekat. Jika disenduk dan dituang akan hasilkan ribbon batter/adunan riben.

Masukkan sedikit adunan coklat untuk longgarkan adunan kuning telur dan kacau. Seterusnya masukkan semua adunan coklat dan kacau sebati.

Dalam bekas lain yang bersih (pastikan tiada minyak/air/etc) pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar atau sedikit garam untuk 'pegang' putih telur. Teruskan memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan membentuk puncak yang stabil (kalau terbalikkan bekas, adunan x jatuh)

Kaup balik sedikit daripada adunan putih telur ke dalam adunan coklat kemudian gaulkan semua baki adunan putih telur tadi.

JANGAN OVER MIX sebab xnak udara keluar, penting untuk volume kek dan texture kek nanti.

Bakar selama 50-60 min, uji dengan mencucuk lidi bersih ke dalam kek, sekiranya tiada apa2 yang melekat kek dah masak.

Biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari pan dan diletakkan ganache (optional).

Cara Membuat Ganache:

Panaskan krim sehingga timbul buih2 kecil.

Tuangkan krim ke dalam mangkuk berisi coklat.

Biarkan 1 minit sebelum dikacau sebati.

Setelah agak sejuk boleh dituang di atas kek yang telah sejuk sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA :)

p/s : Untuk tempahan boleh sms/whatsapps di 0126079717 @ pm di facebook/sweetlikechocolate

Monday, January 27, 2014

Mek Siti - Chocolate Moist Cake (PreMix)

Assalamualaikum,

Tahun 2014 ni mencuba skill nak berniaga...Alhamdulillah sangat tertarik dengan satu produk bumiputera Tepung Chocolate Cake (PreMix) di bawah jenama Mek Siti....Wah hebatnya! Selalunya baking supplies ni banyak dari peniaga bukan melayu.Mungkin ada yang lain lagi tapi yang ni yang Allah takdirkan untuk saya cuba dan sangat berpuas hati...

Puan Syahmun (ex-classmate) yang mula kenalkan pada saya dan yang lebih hebat lagi pengasasnya adalah ex-schoolmate saya yang dah jadi jutawan sekarang. Alhamdulillah, rezeki dari Allah swt.

Apa istimewa Tepung Chocolate Cake ni?

Under Mek Siti's Umbrella ada banyak lagi tepung premix yang lain (sangat banyak), tapi disebabkan saya suka Chocolate cake, so saya try yang ni dulu.   Saya suka macam2 variety chocolate cake so saya cuba2 utk manipulate premix ni....dan alhamdulillah jadi dan sedap...kiranya tepung ni sangatla 'foolproof' untuk amatur2 macam saya.

Variasi yang pernah saya cuba Double choc (tambah 1/4 cup choc chunk/choco chip) dan Peanut butter Chocolate (tambah 1/2 cup peanut butter). Peanut butter chocolate cake mmg paling hit! Rasa dia macam makan kek nuttella... :)

So nak cuba utk buat banana chocolate cake pulak...yang ni belum buat lagi. nanti lain post kita share resepi ya.

Harga tepung ni sangat berpatutan dan kalau x silap antara yang termurah tapi sangat sedap!

P/s: Kalau nak cuba tepung ni atau nak tempah kek yang siap boleh WhatsApp/SMS: 0126079717 @ PM di facebook/sweetlikechocolate.

Mek Siti

Double Chocolate Cake

Peanut Butter Chocolate Cake


Double Chocolate Cake With Creamcheese Topping
 
 
Alhamdulillah, ni antara kek-kek yang telah ditempah :)
 
 
 




Wednesday, January 15, 2014

Peanut Butter Chocolate Cake, Double Chocolate Moist Cake , Banana Chocolate Cake & Moist Cake

Assalamualaikum,

PROMOSI TAHUN BARU!!!

1 Loaf cake each only RM10 for this New Year Promotion 2014

Pre order NOW!!

Cepat!Cepat! sebelum promosi tamat

Call/Msg/WhatsApp
0126079717

PM at https://www.facebook.com/pages/Sweet-Like-Chocolate

Boleh self pickup di

Kristal Height Apartment, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Peanut Butter Chocolate Cake

Double Chocolate Cake

Banana Chocolate Cake & Moist Cake

Friday, January 10, 2014

Dugaan Tahun Baru 2014

Assalamualaikum,

Tahun 2014 kami sambut dengan tido di hospital...huhu...adik tak sihat masa last day ambil dari taska.  Keadaan adik lemah sangat..nak angkat kepala pun tak larat. Kenapa kata 'last day ditaska' sbb kami dah jumpa taska lain berdekatan rumah sbb dah tak tahan dengan karenah taska yang banyak bagi alasan daripada sama2 nak selesaikan masalah.  Anak2 kami tu nyawa kami n tanggungjawab kami...tak sanggup rasanya tengok mereka makin hari makin tak sihat n lemah.

Ok berbalik pada adik..31 Disember 2013, seperti biasa tak de hati pun taska tu nak call bgtau adik sakit, demam, minum x banyak or whatsoever.. Taska tu name je daftar dengan JKM tapi rasenya banyak rules yang dia violent. Bila report ngan JKM, JKM plak g bgtau nama kami...haish.....

Petang kami ambil sampai rumah dia nangis je...makan...susu lepas tu muntah....nangis lagi...saya bagi makan ubat demam...nampak dah boleh tido...tapi makan n susu malam tu macam kebulur sangat...tetiba terjaga pukul 3 or 4 rasa basah di bontot adik...ingat ke dia shi shi rupanya poo poo cair dan berbau mcm kena bakteria.  Lepas bersihkan...cuba tido kan adik tapi dia mmg x selesa...nangis sampai ke pagi la adik tido2 ayam n saya ayam2 tido...hoho...

So pagi tu (1 Jan 2014) balik umah mama n mama suruh cepat2 pegi hospital (PPUM). Sampai sana (dipendekkan) Dr tengok adik terlalu pucat...mula2 nak drip lepas ambil darah tapi Dr  xsedap hati so terus start drip. Kesian adik nangis sekuat hati sampai tertido lepas Dr pas balik adik.  Masih terpoo2 cair lagi...

Keputusan darah:

Darah asidik - 12 (normal -4 to 4), kandungan gula 4 (border). So kputusannya warded la...

Tinggal di PPUM sampai hari sabtu (4 Jan 2014). Adik x keruan sbb fobia dengan Dr yang datang asyik nak cucuk2 dia selama kat situ.  Hari nak discaj Dr mcm tak nak lepaskan w.pun darah adik dah ok...sbb dia masih cirit...tapi saya confident sbb ada improvement..huhu mak dia pun x sabar nak balik juga...

Tu je la....Ok babai...layan gambar adik n umi dia yang bosan tahap gaban kat spital...kalau rase nak muntah sila muntah dengan berhemah hihi :p