Monday, December 13, 2010

khas untuk suami-suami...ehehehe

salam...
sebenarnye dapat article ni dari satu laman web namanya www.iluvislam.com.
besh2 betul artikel die terutamanya dalam bab perkahwinan....ye la...bile dah kawen ni mestila cari cara-cara nak menaikkan graf kebahagiaan n segala macam ciri2 positif supaya rumahtangga kita itu menjadi satu jalan menuju ke syurga...
salah satu artikel kat sini bertajuk 'Nabi Beriadah Bersama Isteri'
waw besh nye...nabi yang sibuk yang amat tu pun sempat beriadah dengan isteri?sebab tertarik nak tahu...saya pun bacala artikel tu...
dalam islam, digalakkan kita hidup secara sihat dan cergas...nabi kita pun sentiasa beriadah dengan main pedang ngan sahabat n beriadah bersama-sama isteri...
dalam satu hadis yang  diriwayatkan oleh isteri Nabi Muhammad S.A.W sendiri iaitu Aisyah R.A berbunyi...

"Nabi SAW berlumba-lumba denganku. Aku mendahului baginda. Ketika aku menjadi gemuk, Baginda berlumba-lumba denganku lagi, lalu Baginda telah mendahuluiku. Lalu baginda SAW berkata, ini sebagai balasan terhadap yang lalu."

Dalam riwayat yang lain pula Nabi SAW diceritakan beriadhah dengan isteri ketika Baginda dalam satu permusafiran Baginda bersama para sahabat. Isteri Baginda, Aisyah RA turut sama dalam permusafiran tersebut.
Dalam perjalanan, Nabi SAW memaklumkan kepada para sahabat agar mereka berjalan dahulu, meninggalkan Baginda dan Aisyah di belakang. Apabila para sahabat sudah berada jauh di hadapan, lalu Baginda berkata kepada Aisyah ajak berlumba-lumba. (Musnad Ahmad : 22989)

betapa Rasulullah S.A.W mengambil berat hal isterinya walaupun untuk bergurau senda dan beriadah/berekreasi bersama...padahal...baginda bukan sahaja ketua negara malah utusan Allah swt, yang diutuskan untuk menyebarkan agama ke seluruh pelusuk dunia...kompom la bz gila...padahal kita hambaNya yg setakat bz ngan kerja pun dah jadikan alasan sbb kenapa xboleh luangkan masa dengan keluarga...hmmm...nama pun alasan kan...
 jangan biarkan keluarga kite beriadah sorang2...bahaya!!ehsan:pakcik google

p/s:kepada suami2 x terkecuali isteri2 sila ikut contoh terbaik kita Rasulullah s.a.w.Jom!!