Thursday, September 23, 2010

betul kah itu jalan penyudah??

nasib, rezeki, ajal, maut semua telah ditentukan olehNya...
ni isu tentang warga Indonesia yang di dera secara fizikal dan seksual oleh majikan dari Malaysia...hmmmm...mmg tidak berperikemanusiaan serta kejam...tp adilkah kita menghukum semua rakyat dalam satu negara kerana perbuatan segelintir manusia yang kejam dan tiada hati perut....

kalau begitu lebih lapan tahun lepas saya juga boleh mengajukan perkara yang sama kepada kerajaan supaya semua warga ini pulang ke negara asal kerana keluarga saya disamun bersenjata di rumah kami sendiri....adilkah begitu?kami juga mengalami trauma bertahun2 kerana perkara tersebut...walhal kami di negara kami sendiri....
saya juga mempunyai persepsi yang semua warga tersebut ganas...

tetapi akhirnya saya sedar, kesalahan itu dilakukan oleh manusia itu yang dikurniakan akal,tiada kene mengena dengan keturunan, agama atau bangsa...tetapi hanya kerana dia tidak menggunakan akal yang dikurnia dengan sempurna...

mungkin tidak seteruk apa yang di alami oleh mangsa di atas, tetapi wajarkah sehingga kedutaan serta rakyat kami juga mahu di halau dari sana?

bukan berniat untuk membangkitkan sebarang kemarahan tetapi kerana Nila setitik rosak susu sebelanga...kerana seekor lembu membawa lumpur habis semua terpalit....

semoga kita sama2 dapat berfikir secara waras dan tidak emosional....

sama lah seperti agama Islam kita yang di label sebagai agama pengganas hanya kerana penganut yang tak berapa faham apa itu Islam...

Ampun dan maaf

Wallahualam

1 comment:

aibaks said...

Islam adalah indah bagi insan yang mengetahuinya daripada insan yang tak tahu kebenarannya..

sama2la kita menyelami erti islam yang sebanar.. bukan hanya bulan Ramadhan kite puasa.. tiap hari jumaat solat jumaat atau tiap hari Raya kite g tukar duit kat bank..haha