Tuesday, June 29, 2010

Alasan memaafkan......

Maaf...satu perkataan yang senang disebut..tapi belum tentu ikhlas dari penyebutnya...
namun ternyata yang paling sukar ialah untuk memaafkan...alasan untuk tidak memaafkan pasti sepanjang umur manusia pun boleh disenaraikan...
itu sudah pasti...

'kenapa aku perlu memaafkan dia yang telah melukakan perasaan aku?' kata sang mantan kekasih
'dasar penipu!x kan aku lupakan dan halalkan semua duit aku itu!'kata mangsa penipuan...dan banyak lagi kata2 yang samada berlegar di dalam otak, hati, fikiran atau secara out loud...
tapi pernahkah kita terfikir, bila kita jadi pesalah....pasti penafian yang akan keluar
'eh!aku xpernah sakitkan hati orang!'
adakah kita maksum seperti nabi, tidak pernah berbuat dosa...dosa dengan manusia..apatah lagi dengan yang Maha Esa...Subhanallah...Allah yang Maha Pengampun...
walau banyak mana dosa yang kita lakukan, tidak Dia cabut nyawa kita...tidak dilempar api neraka di atas kepala kita di dunia ini,
walaupun kita membuat dosa2 besar...walhal Dia pencipta kita...kerana Dia mahu kita bertaubat sebelum terlambat..
 bertaubat lah kita dari menjadi manusia yang sombong, angkuh, ego dan bongkak....

tidak takutkah kita tidak mendapat keampunan dari Allah subhanawataala?
dengan sombongnya kita tidak memaafkan kesalahan orang kepada kita...

sememangnya kita ada nafsu amarah ditambah lagi hasutan syaitan yg setiap masa ingin menambah 'rakan-rakan' di dalam neraka kelak.

tidak boleh kah setelah tempoh bertenang, berfikir dan dengan ikhlas memaafkan
'aku maafkan dia kerana Allah subhanawataala'....'aku takut tidak mendapat keampunan dari Allah yang Maha Kuasa'....'sesungguhnya aku hanya hamba'

sebenarnya dengan memaafkan insan lain, hati kita akan lebih tenang, damai dan senang...
pasti kita tidak akan terfikir lagi tentang hal yang buruk2 itu...
tiada dendam kesumat yang ada di dalam hati yang menyebabkan segala perbuatan tidak menjadi seperti yang dikehendaki...

hati yang tenang kunci hidup yang bahagia...i.Allah...
Allah subhanawataala telah mengajar kita, bahawa resah pada perkara yang tidak baik dan tenang pada perkara yang baik...insya Allah...

bagaimana menjadi insan yang redha?

ikhlas dalam segala perbuatan...

perbuatan manusia yang baik kepada kita, kita ingat sampai bila2 supaya kita bersyukur...
perbuatan baik kita pada manusia kita lupakan supaya mendidik hati menjadi ikhlas
perbuatan jahat manusia kita maafkan dan lupakan supaya kita menjadi orang yang redha
perbuatan jahat kita pada manusia lain kita ingat supaya kita sentiasa bertaubat atas kesalahan itu

hati yang tenang membawa kebahagiaan hidup...

mari kita berkongsi ilmu
wallahualam


1 comment:

aibaks said...

ampuni la seseorang itu dengan keikhlasan..nescaya..Dia Maha Mengetahui..