Wednesday, June 30, 2010

dAddy...mOmmY nak MinTak pErmissioN.. :)

daddy...
eheheheheeee......
mommy nak bagi pepewais kat kicky yang gumok ni boleh x?
hehehe....
kicky kate nak...nak...

mommy wase murah je. tapi kene mintak permission daddy dulu la...

1st yang nih...
toilet kicky...set punye..
rege die RM55 je..

pastu umah die..
rege yang nih RM160


ehehehe...lastly tempat makan die...so kite x wiso la die kelaparan...

 yang ni lak RM29..


so total dalam RM244


leh la daddy...uhuhuhuu....please....

Tuesday, June 29, 2010

Alasan memaafkan......

Maaf...satu perkataan yang senang disebut..tapi belum tentu ikhlas dari penyebutnya...
namun ternyata yang paling sukar ialah untuk memaafkan...alasan untuk tidak memaafkan pasti sepanjang umur manusia pun boleh disenaraikan...
itu sudah pasti...

'kenapa aku perlu memaafkan dia yang telah melukakan perasaan aku?' kata sang mantan kekasih
'dasar penipu!x kan aku lupakan dan halalkan semua duit aku itu!'kata mangsa penipuan...dan banyak lagi kata2 yang samada berlegar di dalam otak, hati, fikiran atau secara out loud...
tapi pernahkah kita terfikir, bila kita jadi pesalah....pasti penafian yang akan keluar
'eh!aku xpernah sakitkan hati orang!'
adakah kita maksum seperti nabi, tidak pernah berbuat dosa...dosa dengan manusia..apatah lagi dengan yang Maha Esa...Subhanallah...Allah yang Maha Pengampun...
walau banyak mana dosa yang kita lakukan, tidak Dia cabut nyawa kita...tidak dilempar api neraka di atas kepala kita di dunia ini,
walaupun kita membuat dosa2 besar...walhal Dia pencipta kita...kerana Dia mahu kita bertaubat sebelum terlambat..
 bertaubat lah kita dari menjadi manusia yang sombong, angkuh, ego dan bongkak....

tidak takutkah kita tidak mendapat keampunan dari Allah subhanawataala?
dengan sombongnya kita tidak memaafkan kesalahan orang kepada kita...

sememangnya kita ada nafsu amarah ditambah lagi hasutan syaitan yg setiap masa ingin menambah 'rakan-rakan' di dalam neraka kelak.

tidak boleh kah setelah tempoh bertenang, berfikir dan dengan ikhlas memaafkan
'aku maafkan dia kerana Allah subhanawataala'....'aku takut tidak mendapat keampunan dari Allah yang Maha Kuasa'....'sesungguhnya aku hanya hamba'

sebenarnya dengan memaafkan insan lain, hati kita akan lebih tenang, damai dan senang...
pasti kita tidak akan terfikir lagi tentang hal yang buruk2 itu...
tiada dendam kesumat yang ada di dalam hati yang menyebabkan segala perbuatan tidak menjadi seperti yang dikehendaki...

hati yang tenang kunci hidup yang bahagia...i.Allah...
Allah subhanawataala telah mengajar kita, bahawa resah pada perkara yang tidak baik dan tenang pada perkara yang baik...insya Allah...

bagaimana menjadi insan yang redha?

ikhlas dalam segala perbuatan...

perbuatan manusia yang baik kepada kita, kita ingat sampai bila2 supaya kita bersyukur...
perbuatan baik kita pada manusia kita lupakan supaya mendidik hati menjadi ikhlas
perbuatan jahat manusia kita maafkan dan lupakan supaya kita menjadi orang yang redha
perbuatan jahat kita pada manusia lain kita ingat supaya kita sentiasa bertaubat atas kesalahan itu

hati yang tenang membawa kebahagiaan hidup...

mari kita berkongsi ilmu
wallahualam


Wednesday, June 16, 2010

kenapa perlu kejam????!!!!!!

salam...lame dah tak conteng blog..tak berapa nak ada story...tapi tiba2 hari ni rasa kene tulis jugak...
ni de kene mengene ngan kasih sayang, perikemanusiaan dan hati perut kepada makhluk Allah bernama haiwan...saya sangat suka kan haiwan terutamanya kucing...saya sedih bila tgk kucing yg kene langgar tengah jalan, saya sedih bila kucing saya mati, saya bersalah sebab x main/garu n manjakan kicky kami yang agak penakut....tapi saya sgt sedih, marah dan geram pada manusia yang kalah perangainya dari haiwan...
sanggup pukul, sepak, tendang, lempar dan lebih sedih saya hari ni sebab terbaca kisah seekor kucing namanya Hero....maybe ramai dah tau...tapi saya 1st time tengok hero hari ni...sampai saat saya tgh tulis blog ni pun saya masih menangis....
 ni la hero tu....comel kan?...nape saya sedih sangat? mcm biasa je kucing ni?

tu la...saya sedih sbb hero tu x mcm kucing lain...dia sgt2 istimewa...


betul...gambar tu x tipu...dia x de 2 kaki hadapan...Subhanallah....hero tetap bertahan dengan dua kaki sahaja...hero ni di selamatkan oleh seorang insan mulia ...nak tau cerita lanjut leh baca kat sini

Ya Allah, alhamdulillah....insan mulia tu sanggup ambil hero dan jaga hero...semoga ramai la manusia yang berhati manusia atas muka bumi Mu yang semakin tua ni....amin...







jadilah manusia yang baik...haiwan ni x di hisab pun kat akhirat nanti kalau korang rasa dia jahat, curi makanan dan sebagainya...kita sebagai manusia yang perlu fikir penyelesaian yang betul bukan dengan melepaskan marah dan dendam dengan buat perkara yang kejam...

*gambar2 n video adalah empunya tuan Hero*
*yang lagu mariah carey tu lagi sedih....*
wallahualam..