Hari ni saya nak share resipi chocolate tort ni...sebenarnya ejaan tort tu torte tapi macam lain macam je and plus sebutan dia mmg e di 'silent' kan so saya hilangkan lah 'e' tu..hehe...
Rasa kek?
Sedap sangat...yang mmg crazy about chocolate kompom lagi suke...for me this is 1 of my fav! Makan room temperature sedap, makan yang dah chill pun sedap...makan ngan aiskrim...lagilah sedap!
Texture?
Sebab kek ni dimasukkan telur putih yang dipukul sampai stiff peak, so rasanya sangat2 ringan n gebu...nyaman je masuk dalam mulut pastu zass...hilang..hehe...
Rupa?
Sangat 'ganas' rupa dia..sebab dia akan crack lepas sejuk...tapi i like!
NOTE:
Resepi x gunakan tepung. Kek akan kembang semasa dalam oven/masak...selepas sejuk kek akan mendap dan 'cracking' akan terjadi. Jangan risau, kek ni mmg meant to be begitu.
Nampak panjang tapi sebenarnya senang aje :)
Saya buat half of the resepi.ok jom tengok resepi dari http://joyofbaking.com
CHOCOLATE TORT (torte)
Bahan-bahan
6 biji telur gred A (gred b pun ok) asingkan putih dan kuning telur
1 cup (226 g) Butter (potong cube)
9 oz (255g) Semisweet chocolate di cincang
1 cup (200g) Gula
1 sudu kecil vanilla
1/4 sudu kecil cream of tartar atau sedikit garam
Ganache-optional (saya x buat)
8 oz (227g) semisweet chocolate (cincang)
3/4 cup (180ml) heavy whipping cream
2 sudu besar (28g) Butter
Cara Membuat Kek:
Panaskan oven lbh kurang 170'C atau mengikut oven masing-masing. Griskan acuan 9'' kalau boleh spring form dan dilapik dengan kertas minyak.
Cairkan Semi sweet chocolate dan butter secara double boiler. sejukkan
Pukul kuning telur dengan gula sehingga warna bertukar pucat dan adunan pekat. Jika disenduk dan dituang akan hasilkan ribbon batter/adunan riben.
Masukkan sedikit adunan coklat untuk longgarkan adunan kuning telur dan kacau. Seterusnya masukkan semua adunan coklat dan kacau sebati.
Dalam bekas lain yang bersih (pastikan tiada minyak/air/etc) pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar atau sedikit garam untuk 'pegang' putih telur. Teruskan memukul dengan kelajuan tinggi sehingga adunan kembang dan membentuk puncak yang stabil (kalau terbalikkan bekas, adunan x jatuh)
Kaup balik sedikit daripada adunan putih telur ke dalam adunan coklat kemudian gaulkan semua baki adunan putih telur tadi.
JANGAN OVER MIX sebab xnak udara keluar, penting untuk volume kek dan texture kek nanti.
Bakar selama 50-60 min, uji dengan mencucuk lidi bersih ke dalam kek, sekiranya tiada apa2 yang melekat kek dah masak.
Biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari pan dan diletakkan ganache (optional).
Cara Membuat Ganache:
Panaskan krim sehingga timbul buih2 kecil.
Tuangkan krim ke dalam mangkuk berisi coklat.
Biarkan 1 minit sebelum dikacau sebati.
Setelah agak sejuk boleh dituang di atas kek yang telah sejuk sepenuhnya.
SELAMAT MENCUBA :)
p/s : Untuk tempahan boleh sms/whatsapps di 0126079717 @ pm di facebook/sweetlikechocolate