Tuesday, May 15, 2012

makanan untuk Luqman

Assalamualaikum...
Fuh...fuh...fuh....lamenye x tulis pape...bz kah?bz....mcm2 konon nak tulis tapi tu lah baru sorang anak pun still struggling nak meng adjust masa...hmmm...mmg la x supermommy langsung!hahahaha...

ni nak cite resepi solid food untuk Luqman...tgk kat barelysupermommy.com...blog sape?blog Dr Harlina wife Dr Sheikh Muzaffar tu....sebenarnya banyak resepi dia kongsi..cuba try semalam buat tapi guna barang2 yang ada kat umah saje...(hmm gamba pun xsempat amik).

Bahan2 nya:

Lobak merah 1 batang (potong kecil)
Labu manis 1 ruas labu (potong kecil)
Isi ikan (salmon/siakap/apa2 ikan laut dalam ok kot)
Susu segar
Cheddar cheese
Lemon (jika perlu)
Salt & papper (sikit sahaja)
Oregano/apa2 spice omputih yang wangi
Bawang besar dan bawang putih sikit (cincang halus)
Minyak atau butter

Cara2 :

Panaskan minyak atau butter, masukkan bawang putih dan bawang besar, tumis sekejap. masukkan labu manis, lobak merah n isi ikan.kacau sekejap (api kecil), masukkan susu segar sampai menutupi permukaan bahan2 tadi...masak hingga semua lembut. masukkan perasa dan herbs. tutup api, sejukkan sekejap, kemudian masukkan cheese, blend sampai hancur. Perahkan lemon jika ada bau ikan..rasa n boleh simpan dalam freezer untuk bekukan. panaskan bila nak bg makan kat baby.

*kalau bagi makan fresh2 lagi bagus la...selalunya x simpan lebih sehari pun.